Connect with us

BERITA

PROJEK JAHITAN WANITA DUN SEBERANG JAYA – PULAU PINANG

Published

on

Pejabat Adun Seberang Jaya YB Dr Afif Bahardin telah bekerjasama dengan Yayasan MyPrihatin, The Light Hotel & NOW Pulau Pinang dalam melancarkan Projek Prihatin Seberang Jaya yang bertujuan untuk membantu golongan wanita meraih pendapatan dengan melakukan aktiviti menjahit PPE bagi kegunaan para petugas kesihatan di kawasan Pulau Pinang.

Program ini bagi memastikan kebajikan kumpulan bersasar seperti ibu tunggal Dan keluarga B40 terpelihara dalam mendepani cabaran pasca COVID-19.

Kerjasama syarikat-syarikat swasta amat dihargai dalam membantu warga Seberang Jaya meskipun mereka juga berdepan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Semoga Projek Prihatin Seberang Jaya ini menjadi titik permulaan yang baik untuk terus memastikan kebajikan warga Seberang Jaya terus terpelihara.

 

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.