Connect with us

BERITA

PM tidak pernah nyatakan akan iktiraf UEC – PMO

Published

on

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong), Khamis lalu.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan

“Berhubung isu pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong Bersama Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf UEC.

“Perdana Menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM),” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PMO, kerajaan pada 2012 menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Melayu.

Media sebelum ini melaporkan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) mendakwa Muhyiddin secara peribadi berharap kerajaan akan mengiktiraf UEC pada suatu hari nanti.

Berdasarkan kenyataan pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan berkenaan menerusi suatu pertemuan di bangunan Parlimen, Khamis lalu.

Sumber: BH

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.