Connect with us

BERITA

Sekolah dapat dana RM57.88 juta untuk kelengkapan keselamatan, kebersihan

Published

on

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyediakan dana RM57.88 juta bagi tujuan perolehan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan untuk sekolah dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata kementerian itu akan menyediakan peruntukan tambahan, jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

“Pihak sekolah menyediakan peralatan dan bahan seperti alat penyukat suhu badan, pensanitasi tangan dan sabun pencuci tangan untuk warga sekolah.

“Bagi tujuan itu, kementerian menyalurkan peruntukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah, melaksanakan proses perolehan dan pembekalan peralatan atau bahan keselamatan dan kebersihan, termasuk bahan pencuci tangan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut) yang meminta kerajaan menyatakan mekanisme penyediaan dan pembekalan bahan pencuci tangan di semua sekolah bagi melawan COVID-19 serta jumlah peruntukan yang disediakan.

Radzi berkata, kementerian itu sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan murid, guru serta kakitangan sepanjang mereka berada di sekolah.

Sumber: BH

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.