Connect with us

BERITA

Pakej Rangsangan Ekonomi tak dibentang di Parlimen kerana situasi mendesak

Published

on

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak dapat membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Parlimen berikutan situasi terdesak akibat penularan COVID-19.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi.

Sehubungan itu, katanya, tindakan segera harus diambil supaya bukan sahaja rakyat malah sektor lain juga terbela.

“Permasalahan besar yang kita hadapi adalah soal menguruskan dan menangani COVID-19. Seluruh negara bukan sahaja Malaysia, umum atau rakyat tahu dalam situasi sukar dan sulit.

“Justeru, kerajaan tidak ada pilihan, malah saya berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang. Kalau belum bentang, Insya-Allah Menteri Kewangan aka nbentang dlaam sesi secara terperinci. Berpuluh insentif.

“Kita tak boleh tunggu sesi Parlimen sebab institusi runtuh sekarang dan perniagaan runtuh sekarang. Tugas kerajaan adalah memastikan rakyat mesti dibela,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR – Port Dickson) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: BH

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.