Connect with us

BERITA

COVID19: 6 daerah Selangor kini Zon Hijau

Published

on

SHAH ALAM: Selangor terus mencatat perkembangan positif dalam pengurangan kes jangkitan baharu COVID-19 apabila Gombak memasuki zon hijau, semalam.

Gombak adalah daerah ketiga di negeri ini yang merekodkan kes positif yang tinggi iaitu 260 kes selepas Hulu Langat serta Petaling.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan enam daripada sembilan daerah di Selangor bebas daripada kes aktif COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter menyeru rakyat di negeri ini agar terus berdisiplin kerana virus berkenaan masih wujud.

“Enam kes hari ini (semalam) adalah kes import iaitu tiga dari Indonesia dan masing-masing satu kes dari India, United Kingdom dan Russia. Alhamdulillah, Daerah Gombak sudah bertukar ke zon hijau.

“Tahniah Selangor lebih banyak zon hijau dicapai, enam daerah sudah diklasifikasi sebagai zon hijau.

“Kekalkan disiplin virus masih belum terhindar sepenuhnya hingga vaksin ditemui,” katanya semalam.

Sehingga kini, hanya tiga lagi daerah merekodkan zon kuning iaitu Petaling dengan dua kes aktif sementara Hulu Selangor dan Sepang masing-masing satu kes aktif.

Secara keseluruhan, Selangor merekodkan 2,076 kes yang mana 1,883 daripadanya adalah kes sembuh manakala kematian kekal pada angka 24.

Sumber: BH

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.