Connect with us

BERITA

KAMI WANITA PERKEM(GEK) KEKAL MENYOKONG PERJUANGAN YB HANIZA TALHA

Published

on

Dalam satu kenyataan media oleh Ketua komunikasi wanita Parti Keadilan rakyat Negeri Kelantan Puan Aniza Binti Rashid mengumumkan keluar dari PKR berkuat kuasa serta merta bermula hari ini 4 Julai 2020 bersama Naib ketua wanita Cabang Jeli.

” Keputusan yang saya buat pada hari ini adalah kerana saya menyaksikan perbalahan yang tiada henti, dengan pelbagai tindakan dan keputusan yang memeranjatkan.”

” Paling menyedihkan apabila seorang demi seorang pemimpin kebanggaan saya dijadikan korban, mereka dipecat sebegitu mudah tanpa mengenang sedikitpun pengorbanan yang telah mereka buat selama ini.”

” Bagi saya yang berada sangat dekat dengan parti reformasi ini kerana ianya terlahir waktu usia saya masih bergelar remaja, saya menyaksikan bagaimana ibu dan bapa saya serta lain-lain berkorban masa dan wang ringgit demi pembebasan seorang individu bernama Anwar Ibrahim.”

” Saya difahamkan pada ketika itu sebagai pemimpin yang boleh membawa masa depan yang cerah ke arah Malaysia baru yang mendokong nilai-nilai murni dan keadilan untuk semua.”

” Malangnya hari ini semua itu sia-sia rupanya bila kebebasan menjadi milik beliau dan bergelar Tuan Presiden beliau telah melupakan jasa dan pengorbanan mereka.”

” Mana perginya prinsip yang konon dulunya ingin membela hilang sudah rasa percaya saya. Beberapa hari lepas satu lagi ketidakadilan berlaku bila Yb Haniza Ketua Wanita Keadilan Pusat di pecat.”

Oleh yang demikian untuk menzahirkan rasa tidak puas hati kami hari ini saya Nor Rosmani Binti Mohd Noor Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Kelantan Puan Aniza, Sarifas dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta merta pada hari ini 4 Julai 2020.

Tanda Solidariti kami pada semua pemimpin dan rakan-rakan seperjuangan kami yang di zalimi.

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.