Ratunaga

9 Penaja Jersi Kelab Bola Sepak Paling Kelakar

jersi pelik tajaan athletico madrid

Pengurusan dan pentadbiran sebuah kelab bola sepak memang memerlukan belanja yang tinggi.

Jadi tidak menghairankanlah jersi sesebuah kelab boleh didagangkan untuk diletakkan logo atau nama syarikat tajaan, dengan setiap kelab sudah biasa memperuntukkan beberapa ruangan tertentu pada jersi khas untuk tajaan.

Bagaimanapun, bukan semua penaja serasi dengan sukan bola sepak. Ada masanya penaja yang mahu menaja cukup aneh dan sukar untuk kita terima. Tetapi untuk mendapatkan dana tajaan, kelab bola sepak sanggup memakai apa saja nampaknya.

1. Burger King

jersi burger king getafe

Tidak ada apa yang pelik untuk jenama makanan segera terkenal Burger King menaja sebuah pasukan bola sepak. Apa yang pelik, semasa syarikat itu menaja kelab Getafe dari Sepanyol – semua jersi pemain dicetak wajah maskot Burger King di bahagian dalamnya.

Bagi musim 2009/2010, pemain Getafe disarankan agar menarik bahagian jersi mereka ke atas selepas menjaringkan gol bagi membolehkan wajah maskot itu dipaparkan kepada khalayak ramai.

2. Chupa Chups

chupa chups sheffield wednesday

Anda mesti sedar di kebanyakan kaunter pasaraya, pasti ada rak jualan Chupa Chups yang cukup menarik perhatian kanak-kanak. Bayangkan keceriaan di wajah kanak-kanak yang sedang menikmatinya.

Sekarang bayangkan pula anda terpaksa berhadapan dengan pasukan lawan yang perlu bermain dengan logo Chupa Chups di dada mereka. Menakutkan? Menceriakan? Atau mungkin juga timbul rasa hormat kerana logo itu ciptaan pelukis terkenal Salvador Dali?

3. Kumpulan muzik Wet Wet Wet

jersi clydebank fc wet wet wet

Kumpulan Wet Wet Wet merupakan sebuah kugiran rock balada yang cukup popular satu masa dulu. Kami yakin anda pasti pernah mendengar lagu hits mereka ‘Love Is All Around’ yang merupakan nyanyian semula sebuah lagu terbitan dekad 60-an dengan judul serupa.

Ahli kumpulan itu yang berasal dari Clydebank, Scotland menjadi cukup terkenal di serata dunia dan mereka membalas jasa pekan yang membesarkan mereka – dengan menaja jersi pasukan rasmi pekan mereka, memerlukan pasukan itu memakai logo kugiran mereka dalam perlawanan.

11 orang yang berlari sambil menggayakan slogan ‘Basah, Basah, Basah’ di dada? Era 90-an memang satu era yang cukup aneh untuk semua.

4. Ty

ty babies portsmouth jersi tajaan

Sekiranya anda seorang pengumpul teddy bear, pasti anda biasa mendengar jenama beruang lembut ‘Ty’ yang cukup popular di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Adalah sangat-sangat-sangat menghairankan kenapa jenama tersebut memilih untuk menaja kelab Portsmouth dari England bermula musim 2002/2003. Lebih menakjubkan, dengan jersi itu jugalah kelab tersebut berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris musim seterusnya.

Kami tidak tahu apakah wujud kesan positif tajaan ini kepada jualan beruang lembut Ty, khasnya di kalangan peminat sukan bola sepak. Apa yang kami nampak – pemain Portsmouth nampak comel mengayakannya.

5. le69 dan Dong

le69 dong energy tajaan pasukan bola sepak

69 dan Dong merupakan slanga yang digunakan masyarakat barat bagi melambangkan sesuatu yang agak kurang senonoh.

Bagaimanapun bagi 2 pasukan iaitu kelab gergasi Perancis Lyon dan pasukan kebangsaan Denmark; keperluan kepada penajaan perlu melebihi segalanya.

Walaupun ‘le69’ di jersi Lyon sebenarnya merujuk kepada kod kawasan di sana dan Dong merupakan singkatan kepada nama sebuah syarikat milik kerajaan Denmark iaitu Danish Oil and Natural Gas, pasti ramai yang tersipu-sipu nak menyarung jersi yang mengandungi logo itu.

6. Bimbo

bimbo jersi club america mexico

Bagi kelab dari Mexico iaitu Club America, menerima tajaan daripada Bimbo Group, syarikat pengeluar produk berasaskan tepung merupakan satu rahmat dan juga malapetaka.

Walaupun Bimbo merupakan jenama syarikat keempat terbesar di dunia dalam kategori tersebut selepas Nestle, Kraft dan Unilever – ramai yang tidak tahu apakah makna sebenar Bimbo yang mereka pakai.

Bimbo dalam bahasa Mexico merupakan singkatan daripada istilah ‘Bambino’ yang merujuk kepada budak lelaki. Dalam bahasa Inggeris pula? Anda carilah sendiri apa maknanya apatah lagi apabila dikaitkan dengan wanita.

7. Azerbaijan – Land of Fire

athletico madrid azerbaijan

Sejarah negara Azerbaijan sangat berkait dengan api. Apatah lagi selepas Ateshgah, salah sebuah negara tersebut pernah menjadi salah satu pusat kegiatan utama agama Zoroastrian.

Zoroastrian meletakkan api sebagai salah satu elemen utama pemujaan mereka dan tradisi itu terus menjadi salah satu identiti kuat Azerbaijan, walaupun Islam telah hadir ke kawasan itu semenjak abad ke 10 lagi.

azerbaijan iran athletico madrid

Kos kerajaan Azerbaijan untuk meletakkan logo yang mempromosikan negara mereka melalui kelab Athletico Madrid ini dikatakan hanya bernilai sekitar RM58 juta.

Disebabkan oleh pergolakan politik, semua paparan jersi kelab tersebut dalam media di Iran semasa tajaan kerajaan Azerbaijan berlangsung, akan diubah disebabkan sentimen negatif Iran terhadap jiran terdekat mereka itu.

8. Columbia Pictures

jersi columbia pictures athletico madrid

Sekali lagi kami perlu menyebut berkenaan kelab gergasi Athletico Madrid dan penaja mereka semasa musim 2003/2004 iaitu Columbia Pictures.

Tidak apa yang aneh berkenaan penajaan itu tetapi cara Columbia memanfaatkan hak tajaan mereka agak aneh.

jersi columbia pictures athletico madrid02

Kebiasaannya pasukan atau kelab akan memakai satu logo tajaan sahaja sepanjang musim, tetapi bagi Athletico Madrid musim tersebut – mereka digunakan sebagai ‘papan iklan’ filem-filem terbaru keluaran studio tersebut.

Sebanyak 16 buah filem dipromosikan sepanjang tajaan berlangsung antaranya Spider-Man 2, Hellboy, Big Fish, Hitch, Anacondas, Triple X dan banyak lagi.

9. Soula

soula s house of history

Kita di Malaysia mungkin tidak tahu jenama ini tetapi bagi segelintir lelaki di Greece, mereka mungkin intim dengan tempatnya.

Negara Greece telah mengalami kejatuhan ekonomi yang agak ketara sekitar tahun 2012 memaksa pelbagai cara kreatif digunakan bagi membolehkan aktiviti kemasyarakatan mereka diteruskan.

soula viva erotica kelab tajaan bola sepak

Salah satu kisah terkenal melibatkan sebuah kelab bola sepak tempatan bernama Voukefalas yang sudah kekurangan dana.

Mengetahui masalah itu, pemilik rangkaian pusat pelacuran tempatan yang dijenamakan sebagai Soula bertindak menawarkan dana tajaan kepada kelab tersebut – yang diterima dengan tangan terbuka.

Apa yang agak lucu, selepas pemain-pemain dan pegawai mengetahui tentang tajaan tersebut – mereka mula bertanya adakah wujud insentif tambahan sekiranya mereka berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan di atas padang.




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular