Ratunaga

9 Kedai Makanan Segera yang Menciplak Jenama Terkenal

Boleh dikatakan semua orang pernah menikmati hidangan makanan segera sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Tidak dinafikan bahawa makanan segera bukanlah makanan yang begitu sihat tetapi ia sangat popular di semua peringkat umur.

kedai makan runcit ciplak franchise

Rangkaian makanan segera seperti McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Burger King dan Subway mempunyai ribuan cawangan restoran di seluruh dunia. Mereka merupakan rangkaian makanan yang sangat berjaya sehingga menjadi inspirasi kepada banyak pengusaha makanan yang lain.

Bukan sahaja menjadi inspirasi malah ada sebilangan pengusaha yang sanggup meniru bulat-bulat sama ada resepi, nama atau logo restoran. Berikut adalah senarai restoran yang menciplak rangkaian makanan segera terkenal dunia.  

1. Pizza Hat

pizza hat

Restoran ciplak ini dibuka di Iran. Negara itu sememangnya terkenal dengan banyak restoran yang menciplak rangkaian makanan segera dunia. Ini kerana kebanyakan rangkaian makanan segera seperti Pizza Hut dan Mc Donald’s kurang mendapat sambutan di Iran. 

Ini membuatkan restoran ciplak ini menumpang populariti Pizza Hut dengan menghasilkan menu yang lebih sesuai dengan penduduk Iran. Lihatlah bagaimana hampir sama logo dan tulisan kedai ini dengan Pizza Hut.

2. KFG

kfg china

mfc china

Kentucky Fried Chicken (KFC) sangat digemari di seluruh dunia. Ini mungkin menyebabkan ia menjadi salah satu rangkaian makanan segera yang paling banyak diciplak. 

Salah satu restoran ciplak ini ialah KFG (kami tidak tahu apakah makna singkatan ini). Bukan hanya KFG, di China terdapat pelbagai jenama lain yang meniru KFC seperti KLC, FBC, MFC dan banyak lagi. Mereka menggunakan tulisan dan warna yang hampir sama dengan KFC. Malah, logo mereka juga seakan-akan gambar Colonel Sanders yang asli.

3. Stars & Bucks

star and bucks cafecawan star bucks

Kedai kopi yang menciplak Starbucks ini terletak di Bethlehem, Palestine. Bukan sahaja papan tanda malah setiap cawan kopinya juga mempunyai cetakan seakan-akan jenama Starbucks. Kedai ciplak ini dibuka bagi menarik pelancong luar yang datang.

Bukan sahaja menyediakan menu yang sama seperti Starbucks tetapi Star & Bucks juga menyediakan hookah atau shisha kepada para pelanggannya.

4. Mash Donald’s

mash donald s

Restoran ciplak ini terletak di Iran. Apabila McDonald’s tidak dapat beroperasi di sana, ia menjadi peluang kepada pengusaha restoran ini untuk menyediakan makanan seakan-akan menu rangkaian makanan segera paling popular itu.

Pemilik restoran ini tidak perlu memerah otak untuk mencipta logo atau nama untuk kedainya. Hanya perlu menukar sedikit sahaja namanya. Banyak lagi restoran yang meniru McDonald’s di seluruh dunia seperti McDoner, MaDonald’s, McTorta’s dan McKebab antaranya.

5. Burger Friends

burger friends 909

Restoran Burger Friends yang terletak di Baghdad, Iraq, ini ternyata meniru jenama Burger King yang terkenal. Logonya juga diciplak bulat-bulat.

Seperti Pizza Hat dan Mash Donald’s, restoran Burger Friends ini dibuka supaya penduduk tempatan dapat menikmati hidangan menyerupai Burger King yang tiada di negara itu.

6. Duffin Dagels

duffin dagels

Duffin Dagels merupakan restoran berasaskan donat yang menciplak rangkaian Dunkin’ Donuts. Walaupun namanya tidak seakan Dunkin’s Donuts tetapi logo dan warnanya seakan sama. Begitu juga dengan menu yang disediakan. Bahkan, laman web dan media sosialnya juga serupa seperti Dunkin’ Donuts.

Rangkaian Duffin Dagels ini terletak di Sepanyol dan apa yang mengejutkan adalah ia agak popular di kalangan penduduk tempatan.

7. Subday

subday rusia

Sekali pandang, anda pasti menyangka ia adalah restoran sandwich yang popular iaitu Subway. Ini kerana logo, warna dan tulisannya hampir sama cuma dibezakan dengan satu huruf sahaja.

Restoran Subday yang terletak di Moscow, Rusia, ini juga menyediakan sandwich kepada para pelanggannya mengikut konsep Subway. Tidak tahu berapa lama restoran ini dapat bertahan sebelum tindakan undang-undang diambil oleh Subway.

8. Adomino Pizza

adomino pizza

Tidak diragui lagi bahawa restoran piza ini menciplak jenama piza terkenal Domino’s Pizza. Warna dan logonya juga seakan-akan Domino’s Pizza dan hanya satu huruf sahaja yang membezakan mereka.

Apa yang lebih melucukan, restoran yang terletak di India ini hanya bersebelahan dengan kedai piza lain iaitu Pizza Hot. Macam biasa dengar bukan?

9. 7-Twelve

7 twelve

Mengapa anda perlu pergi ke kedai 7 Eleven sedangkan ada yang lebih hebat iaitu 7 Twelve. Walaupun kedai serba guna ini bukannya restoran tetapi ia masih menjual makanan segera.

Kedai 7 Twelve yang terletak di China ini mempunyai logo, tulisan dan warna yang sama dengan 7 Eleven. Ini bukanlah satu-satunya kedai yang menciplak 7 Eleven. Banyak lagi kedai lain yang cuba menciplak dan menumpang populariti 7 Eleven.

Sebenarnya, terlalu banyak restoran atau kedai di seluruh dunia yang menciplak jenama-jenama makanan segera popular. Malah, ia tidak hanya terhad kepada makanan sahaja. Pakaian, barang keperluan dan peralatan elektronik juga sering menjadi mangsa ciplak penjual di luar sana.

Rujukan:

1. Makanan segera ciplak di seluruh dunia

2. Makanan segera popular jadi mangsa tiruan

3. Jenama makanan yang diciplak dari rangkaian popular




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular