Ratunaga

87 pulih, 122 kes baru dan 2 kematian

Sehingga kini, 27 kes COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
87 kes COVID-19 yang lain di Malaysia telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes terkumpul yang pulih sepenuhnya menjadi 4,413 atau 70 peratus daripada jumlah kes.
Pada masa yang sama, 122 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia kepada 6.298 kes.
“Harap maklum bahawa daripada 122 kes baru yang dilaporkan hari ini, 52 adalah kes import. Ini bermakna terdapat 70 kes penghantaran tempatan,” katanya pada sidang media harian di sini, Ahad.
Sehingga kini, 27 kes COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Malaysia mencatatkan dua penambahan kes kematian COVID-19.
 
Sumber: Astroawani

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular