Ratunaga

70 MENTERI: MANTAN TIMBALAN MENTERI DAN KARTUNIS TIDAK TAHU MENGIRA

Seorang mantan Timbalan Menteri AMANAH dan seorang kartunis terkenal menyebut dalam portal berita Malaysia Kini mengenai Malaysia mempunyai 70 orang Menteri dan mengenai Kabinet Malaysia mempunyai 70 orang ahli.
Tidak tahukah mereka bahawa jawatan Menteri adalah berbeza dengan jawatan Timbalan Menteri serta bahawa Kabinet Malaysia hanyalah dianggotai oleh Menteri tetapi Timbalan Menteri bukan dikira anggota Kabinet Malaysia.
Jika Kabinet Malaysia mahu dibandingkan dengan Kabinet negara lain sekalipun adilkah jika yang dibandingkan adalah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia dengan bilangan Menteri (tetapi bukan Timbalan Menteri) negara lain?
Boleh sahaja disemak di laman web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, mengenai bilangan dan identiti Menteri-Menteri yang berjumlah 32 orang ini, iaitu:
(1) YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin: Perdana Menteri.
(2) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
(3) YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob: Menteri Kanan Pertahanan.
(4) YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz: Menteri Kewangan.
(5) YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof: Menteri Kanan Kerja Raya.
(6) YB Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin: Menteri Kanan Pendidikan.
(7) YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong: Menteri Pengangkutan.
(8) YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak).
(9) YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man: Menteri Alam Sekitar Dan Air.
(10) YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan: Menteri Sumber Manusia.
(11) YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun: Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
(12) YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad: Menteri Pengajian Tinggi.
(13) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
(14) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee: Menteri Pertanian Dan Industri Makanan.
(15) YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
(16) YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin: Menteri Dalam Negeri.
(17) YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah: Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
(18) YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
(19) YB Datuk Dr. Hj Abdul Latiff Bin Ahmad: Menteri Pembangunan Luar Bandar.
(20) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa: Menteri Wilayah Persekutuan.
(21) YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican: Menteri Belia Dan Sukan.
(22) YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah: Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.
(23) YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein: Menteri Luar Negeri.
(24) YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi.
(25) YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique: Menteri Perpaduan Negara.
(26) YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba: Menteri Kesihatan.
(27) YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
(28) YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
(29) YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya.
(30) YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang).
(31) YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali: Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.
(32) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Berpada-padalah dalam mengkritik kerana takkanlah mantan Timbalan Menteri dan kartunis ini tidak tahu mengira?
Cdt Kamarul Yusoff

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular