Ratunaga

7 warga Turki maut akibat Covid-19 di Jerman

Dalam tempoh 24 jam lalu tujuh warga Turki maut di Jerman akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah korban sebanyak 130 orang warga Turki yang maut di negara berkenaan.
Kematian yang dilaporkan itu berlaku di Nuremberg, Essen, Munich dan Mannheim.
Jerman mencatatkan seramai 6,467 orang kematian akibat terkena jangkitan virus Covid-19, kes meningkat kepada 161,539 manakala seramai 120,400 lagi pesakit pulih, menurut Johns Hopkins University.
Wabak Covid-19 sudah menular ke 185 negara dan wilayah. Amerika syarikat negara yang paling teruk terjejas di ikuti negara-negara Eropah.
 
Sumber: Freemalaysiatoday.com

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular