Ratunaga

7 Keburukan Minum Kopi Awal Pagi

keburukan kopi kafein di awal pagi

Sekumpulan penyelidik dari University of Nevada-Reno mendapati bahawa kopi boleh dijadikan biodiesel dan dalam masa terdekat, asap kereta anda akan berbau seperti secawan cappuccino yang baru dibancuh.

Namun, secawan kopi yang kebanyakan daripada kita biasanya minum pada awal waktu pagi mungkin bukan cara terbaik untuk memulakan hari.

Malah, para doktor percaya bahawa masa terbaik untuk menikmkati secawan kopi adalah pada pertengahan hingga lewat pagi, sekitar jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

iluminasi.com kongsikan 7 kesan minum kopi awal pagi dalam keadaan perut kosong terhadap badan anda.

1. Anda berasa lebih mengantuk

kopi boleh buatkan anda lebih mengantuk

Kopi biasanya diminum untuk menjadi minuman yang dapat menyegarkan dan membuatkan kita tidak mengantuk. Namun, minum kopi serta-merta selepas anda bangun dari katil dapat memberikan kesan yang bertentangan.

Kafein yang terkandung dalam kopi menggandakan tahap hormon stres dan boleh menyebabkan masalah dengan tidur, yang mengakibatkan keletihan.

Jika pagi anda dimulakan dengan meminum cappuccino bersama gula, anda akan berasa mengantuk semula dalam masa yang singkat.

Ini berlaku kerana badan kita menghasilkan insulin untuk mengimbangi gula, menyebabkan kadar glukosa darah anda turun, yang mengakibatkan kekurangan tenaga dan kegelisahan.

2. Badan kehilangan mineral penting dengan lebih cepat 

kopi buatkan mineral dalam badan hilang dengan cepat

Meminum kopi dalam jumlah biasa pada waktu pagi boleh menyebabkan anda kehilangan banyak vitamin dan mineral penting.

Ia dapat memberi kesan buruk kepada penyerapan zat besi, magnesium, dan vitamin B yang sangat penting untuk sistem saraf kita.

Terlalu banyak kafein juga dapat mengurangkan kalsium dari tulang anda, menjadikannya lemah dan rapuh.

3. Menyebabkan ketidakselesaan pada perut

kopi menyebabkan ketidakselesaan perut

Walaupun minuman kesayangan anda ini akan membantu anda bangun pada waktu pagi, tetapi kopi juga boleh menyebabkan anda keluar masuk ke tandas dengan lebih kerap.

Kopi mengaktifkan sistem saraf kita, yang seterusnya mempengaruhi usus besar dan boleh menyebabkan cirit-birit.

Ramai orang juga suka menambahkan susu atau krim ke dalam kopi mereka, dan kerana kebanyakan kita sukar mencerna laktosa, ia juga boleh menyebabkan perut tidak selesa.

4. Boleh menyebabkan kenaikan berat badan

kopi boleh sebabkan pertambahan berat badan 2

Walaupun kopi hitam dapat membantu anda membakar lemak, ia juga dapat mengganggu pola tidur sihat anda.

Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, anda akan cenderung untuk berasa lapar dan lebih teringin untuk makan makanan manis.

Malah, banyak minuman kopi popular seperti Starbucks dan sebagainya ditambah dengan manisan yang mengandungi gula dan kalori yang agak tinggi, sekaligus mungkin menyebabkan berat badan anda bertambah jika diminum dengan kerap.

5. Menambahkan kegelisahan

kopi sebabkan kegelisahan

Apabila anda bangun pagi, tahap hormon stres anda biasanya berada pada tahap paling tinggi.

Kafein dalam kopi adalah sejenis stimulan atau perangsang, iaitu bahan yang meningkatkan tahap aktiviti fisiologi atau saraf dalam badan.

Dengan ini, meminum kopi dapat memberikan kesan kegelisahan kepada badan malah boleh mencetuskan serangan kegelisahan kepada sesetengah orang.

6. Boleh mengeringkan kulit

kopi boleh keringkan kulit

Oleh kerana kopi membuatkan anda keluar masuk ke tandas dengan lebih kerap, ia akan membuatkan badan anda kehilangan banyak air.

Apabila anda mengalami dehidrasi, maka toksin dalam badan sukar untuk keluar melalui kulit seperti peluh.

Akibatnya, ia mengeringkan kulit anda dan menjadikan ia lebih terdedah kepada pelbagai masalah, seperti kedutan pra-matang.

7. Meningkatkan meningkatkan tahap gula dalam darah 

kopi boleh naikkan gula dalam darah

Secawan kopi di pagi hari anda dapat menyebabkan sel-sel dalam badan anda lebih sukar mengatur gula dalam darah, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. 

Tahap gula dalam darah tinggi yang tinggi ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan bahkan meningkatkan risiko jangkitan kulit.

kesan negatif kafein kopi dari awal pagi

Rujukan:

1. Healthline

2. Livescience

3. Bside

4. Ohio State University




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular