Ratunaga

6 Tabiat Buruk Yang Semua Netizen Buat Dalam Media Sosial

tabiat buruk netizen media sosial 902

Hendak tak hendak, media sosial ketika ini menjadi salah satu platform yang cukup besar impaknya kepada masyarakat dunia. 

Sama ada anda pengguna Facebook, Instagram, Twitter atau mungkin juga pemilik akaun-akaun aplikasi lain yang tak kurang hebatnya – media sosial memainkan peranan yang cukup besar bukan saja pada peringkat peribadi malahan integrasinya juga berkait dalam bidang profesional dan kerjaya.

Kebergantungan kita kepada media sosial membuatkan kita membentuk secara tak sedar beberapa tabiat yang sebenarnya buruk, tetapi sudah jadi satu kebiasaan yang kita diam-diamkan. Adakah anda salah seorang pelaku tegar enam tabiat buruk ini? 

1. Rasa nak sangat betulkan orang lain!

mudah triggered dengan respon orang

Apa yang menyebabkan kita mudah sangat ‘triggered’ untuk betulkan orang lain dalam media sosial?

Setiap kali kita nampak perkongsian yang bukannya tak benar, tetapi hanya berlawanan dengan prinsip kita – kita cepat betul nak berikan respon untuk betulkan pihak tersebut.

Adakah sistem media sosial ini direka untuk melatih kita jadi mudah ‘triggered’? Apabila kita mudah memberikan reaksi, secara automatik kadar interaksi yang diharapkan oleh pengelola media sosial mampu dicapai. 

Apa pula kesannya pada minda kita, apabila hari-hari kita di-triggered-kan dengan bermacam isu? Adakah itu sebabnya ada antara kita jadi begitu agresif bukan saja di dalam dunia maya, malahan dalam dunia realiti pun?

2. Cepat panas bila berdebat

keyboard warrior united pahlawan keyboard cybertrooper

Pernah tak anda kongsikan status di media sosial dan tak semena-mena ada pengguna lain memperdebatkan perkongsian anda itu? Mesti kerap berlaku kan walaupun jumlahnya kecil saja. 

Tetapi kita sebagai tukang kongsi atau tuan tanah, bila ada orang dah mula serang pandangan kita, kita pun apa lagi – cubalah cari segala fakta yang kita rasa boleh membantu kita untuk menang. Pihak lawan kita pun sama lah. 

Pernah tak anda terfikir kenapa kita dan pihak lain cepat benar panas apabila menerima kritikan dan kita merasa jengkel saja dengan kritikan itu sehinggakan ada yang sanggup buat apa saja – asalkan kita mampu buktikan dia salah? 

Tabiat itu tidak berlaku dalam dunia realiti kan? Hanya dalam media sosial pengkritik kita berani buka mulut dan kita pun sedaya upaya usaha nak kalahkan dia. Tabiat itu tidak berlaku dalam dunia realiti kan? 

3. Suka buat orang lain marah dan cari penyokong

internet troll fenomena negatif

Ada sesiapa di sini pengguna media sosial yang rasa puas hati bila dia berjaya membuat orang lain rasa marah? Mesti ada kan? 

Kita kerap menggunakan media sosial sebagai satu platform sindiran atau mengkeji orang lain secara tersirat, dengan harapan orang itu akan ‘dapat mesej’ kita. Realitinya dia tak tahu pun kita ni duk kutuk dia kerana kita sendiri takut nak namakan pihak itu secara terbuka – kecuali apabila hal melibatkan politik. 

Paling seronok bila serangan kita tu mengena dan sampai pada tuan punya sasaran, dia pun akan muat naik status membalas serangan itu dengan ayat-ayat sindiran secara tersirat. 

Persoalannya di sini – kenapa ramai sangat suka bawa masalah yang bersifat peribadi untuk dijadikan tatapan orang awam?

4. Sukarela rosakkan ‘mood’ sendiri

masalah buli siber

Salah satu aktiviti sukarelawan yang berlaku setiap hari adalah aktiviti ramai pengguna media sosial yang sanggup menghabiskan masa mereka mengikuti isu-isu atau topik panas, yang langsung tak berkait dengan mereka. 

Tetapi disebabkan oleh rasa setiakawan yang ada, ramai secara rela menjadi penyokong kepada isu hangat tersebut sehinggakan dia sendiri terkesan mentalnya disebabkan masalah orang lain. 

Terlalu kerap kita menghabiskan masa kita membincangkan tentang isu-isu yang sebenarnya kecil dan bersifat ‘trivial’ kerana dalam kepompong media sosial; isu-isu sebegitu sudah menjadi asam-garam yang wajib diikuti.

Masalah orang diambil jadi masalah kita, sehinggakan ramai yang sebelum itu baik-baik saja, boleh jadi agresif dan sensitif hanya disebabkan rasa tak puas hati yang muncul bila kita tahu tentang sesuatu perkara.

5. Rasa terhina kalau komen tak dibalas

emosi terganggu tak reply komen

Siapa sini pernah tinggalkan komen yang ikhlas dan murni dalam sesuatu perbincangan di media sosial, tetapi kerap kali kembali untuk memeriksa sama ada komen anda dah berbalas atau belum? 

Jika berbalas, barulah anda rasa lega. Tetapi malangnya jika tidak dibalas, anda mulalah merasa resah dengan bermacam persoalan mula berlegar di kepala anda.  Anda pun mula memeriksa komen-komen lain. Ada pula komen yang lebih lewat berbanding anda dah berbalas! 

Mulalah anda rasa seakan-akan tertanya-tanya. 

Dulu sebelum populariti media sosial, hanya ada dua situasi yang mampu membuatkan kita resah sebegitu – sama ada menunggu SMS dan surat yang belum berbalas atau cinta tak berbalas. Bezanya, dengan SMS, surat dan cinta – anda kenal individu yang sepatutnya membalas tulisan (atau hati) anda.

Dalam dunia media sosial – seseorang yang sebelum itu langsung anda tak kenali dan tak pernah tahu kewujudannya pun mampu membuatkan anda resah – hanya kerana seorang ‘stranger’ tak balas komen anda.

Entah dia kaki troll atau akaun palsu. 

6. ‘Stalk’ akaun orang yang tak sependapat kita

stalker akaun media sosi

Salah satu tabiat paling banyak berlaku serta kerap membuang masa kita semua, adalah bagaimana kita berusaha mencari kelemahan orang lain melalui profil akaun media sosial dia. 

Puncanya? Dia memiliki pendapat yang tak sama dengan kita. Tak kiralah dia muat naik status, berikan komen, kritik status anda atau sekadar kongsikan semula status anda dengan kritikan – anda mesti ada rasa nak tahu latar belakang orang yang tak sekepala dengan anda.

Jadi anda akan buka profil media sosial dia, perhatikan dia tu orang macam mana. Apa pekerjaannya. Siapa ahli keluarganya. Siapa kawan dia. Apa hobi dia? Semalam dia buat apa? Ada tak status dia sebelum itu yang kontradik dengan apa yang dia kata? 

Kita sanggup menghabiskan masa kita hanya untuk memastikan kita jelas siapa individu yang berani menyanggah pendapat kita sedangkan pengakhirannya – hasil pencarian kita itu tak membawa apa-apa faedah pun kepada kita.




Source link

[email protected]

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular