Ratunaga

5 Undang-Undang Aneh Berkaitan Perceraian Perkahwinan Di Dunia

undang undang pelik aneh perceraian 535

Tiada siapa yang suka berlakunya perceraian sesuatu perkahwinan, namun seandainya itu adalah jalan terakhir yang boleh membantu kepada penemuan jalan keluar cerai adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Proses perceraian merupakan satu peringkat yang mampu membuatkan sesiapa saja yang mengharunginya rasa kurang selesa, tetapi apa yang pasangan serta keluarga lalui selepas perceraian itu selesai sebenarnya jauh lebih menyeksakan.

Oleh sebab itulah agak pelik lima negara di seluruh dunia masih lagi mengamalkan undang-undang perceraian yang sebenarnya jauh lebih menyulitkan situasi dan pasti akan kedengaran ganjil pada pandangan anda.

1. Jepun tidak iktiraf perkongsian hak penjagaan anak-anak

https cdn cnn com cnnnext dam assets 190208190543 japanese schoolchildren

Di Jepun, seandainya sesuatu pasangan itu bakal bercerai – akan berlaku satu perlumbaan antara kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk mendapatkan hak penjagaan.

Ini kerana Jepun tidak mengiktiraf perkongsian hak penjagaan sesama pasangan yang sudah bercerai, secara rasmi walaupun kedua-duanya bercerai secara baik.

Apa yang sudah kerapkali berlaku di kalangan pasangan Jepun, ibu atau bapa yang berjaya memenangi kes tuntutan hak penjagaan anak-anak mereka akan terus menghilangkan diri mereka daripada bekas pasangan.

Situasi ini menyumbang kepada wujudnya fenomena penculikan anak sendiri khasnya melibatkan individu yang berkahwin dengan warga luar negara, disebabkan oleh ketiadaan sistem yang mengiktiraf kedudukan kedua-dua ibu atau bapa anak-anak yang tidak diberikan hak penjagaan.

Pasangan yang kalah tuntutan tidak lagi mempunyai hak untuk menemui anak-anak kandung mereka serta tidak lagi boleh mencabar keputusan itu di mahkamah, sekiranya pasangan yang menang mengaktifkan hak untuk menghalang si ibu atau bapa menemui anak-anak.

2. Malta wajibkan pasangan berpisah sebelum bercerai

malta divorce tunggu

Satu dekad dahulu, Malta merupakan antara 3 buah negara yang mengharamkan terus perceraian bagi pasangan berkahwin, selain Vatican City dan Filipina. Untuk Filipina, kita akan bincangkannya sebentar lagi.

Ekoran daripada banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat Malta berikutan larangan perceraian yang ada, satu referendum tahun 2011 dijalankan oleh kerajaan mereka bagi memutuskan perlukah perceraian dibenarkan.

Hasilnya, 53.16% undian bersetuju perceraian patut dibenarkan mewakili 122,547 individu sementara 46.84% lagi merasakan tiada keperluan perceraian diterima – walaupun pihak gereja Katolik berusaha keras berkempen agar orang ramai menolak referendum itu.

Ini membolehkan undang-undang perceraian diperkenalkan di Malta, namun kekangannya tetap ada. Berdasarkan undang-undang baru itu, semua pasangan di Malta yang ingin bercerai diwajibkan berpisah duduk berasingan sekurang-kurangnya untuk tempoh minima 4 tahun.

Diperkenalkan dalam bentuk cadangan semasa kempen referendum itu dijalankan, banyak pihak menyambut baik cadangan tersebut yang akhirnya dijadikan undang-undang – kerana merasakan tempoh 4 tahun itu memadai untuk pasangan benar-benar faham apa yang bakal mereka lakukan.

Namun rungutan orang ramai yang ingin mempercepatkan proses perceraian mula kedengaran pula selepas itu menyebabkan tempoh menunggu itu sedang dibincangkan semula, kali terakhir perbincangan parlimen dilakukan pada bulan Disember 2020.

3. Amerika Syarikat wajibkan pasangan menyertai kursus perceraian

kursus perceraian amerika syarikat

Kita di Malaysia wajib menyertai kursus perkahwinan sebelum dibenarkan berkahwin, tetapi bagi 17 negeri di Amerika Syarikat – pasangan yang bercerai perlu menghadiri kursus perceraian yang akan dianjurkan sebelum mereka dibenarkan bercerai, yang bersifat mandatori bergantung kepada status pasangan.

Kursus pula tidaklah dianjurkan secara percuma, sebaliknya pasangan yang ingin bercerai perlulah mengeluarkan belanja sendiri di antara $40 ke $125 setiap seorang untuk menyertai kuliah tentang topik permulaan hidup baru mereka selepas perceraian.

Majoriti topik yang dibentangkan dalam kursus itu sangat berkait dengan hak penjagaan anak serta segala perihal yang berkait dengan kesan psikologi perceraian, ke atas pasangan dan anak-anak mereka.

Seseorang yang memohon perceraian haruslah menghadiri kursus dalam tempoh 60 hari selepas petisyen dibuat dan pasangan yang ingin diceraikan turut sama akan menerima arahan mahkamah, agar meluangkan masa menyertai kursus.

Kesemua peserta akan dibekalkan dengan sijil digital bukti tamat kursus. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mencetaknya atau tidak sebagai hiasan yang akan digantung di dinding.

4. Arab Saudi hantar SMS pengesahan cerai pada wanita

wanita arab saudi sms cerai

Ada dua masalah unik yang kerap berlaku di Arab Saudi berkaitan perceraian. Yang pertama, adalah masalah perceraian yang hanya berlaku dalam pengetahuan sebelah suami saja tanpa isteri tahu mereka sebenarnya telah pun diceraikan.

Situasi ini menjadi terlalu parah sehinggakan kerajaan Arab Saudi terpaksa memperkenalkan sistem notifikasi yang akan menghantar pesanan ringkas kepada wanita yang telah diceraikan di luar pengetahuan mereka – tanpa sedar mereka telah bergelar janda.

Yang kedua pula adalah disebabkan kemasukan pendatang asing ke negara itu, yang mengakibatkan ramai lelaki Arab Saudi terpikat. Dianggarkan seramai 500,000 orang wanita pendatang asing dari empat negara iaitu Pakistan, Chad, Bangladesh dan Myanmar menetap di negara itu mencari pekerjaan.

Disebabkan oleh banyak kes wanita-wanita dari empat negara tersebut mengambil peluang menggunakan perkahwinan sebagai cara mudah mendapatkan kewarganegaraan, kerajaan Arab Saudi memperkenalkan larangan kepada individu lelaki Arab Saudi daripada mengahwini mana-mana wanita asing dari empat negara tersebut.

Adakah kedua-dua masalah yang kami nyatakan berkait antara satu sama lain? Kami tidak tahu.

5. Filipina haramkan perceraian

filipina larang cerai

Untuk sebuah negara yang agak liberal daripada segi seksualiti dan jantina, adalah amat mengejutkan Filipina bertindak terlalu ketat dalam urusan perceraian – mengharamkan terus pilihan itu secara rasmi.

Hanya komuniti Muslim di Filipina, dibenarkan untuk memilih perceraian sebaliknya bagi penganut-penganut agama lain – mereka tidak ada pilihan lain, selain daripada meneruskan perkahwinan yang bermasalah atau menunggu saat memejamkan mata selamanya.

Disebabkan oleh masalah ini, banyak pasangan di Filipina hidup dalam suasana menderita, tidak lagi merasai rasa nikmat perkahwinan.

Negara ini membenarkan pasangan berpisah, hidup berasingan dan berjauhan namun atas kertas – rekod perkahwinan mereka tetap kekal mengakibatkan ramai individu di Filipina tidak dibenarkan berkahwin baru walaupun sudah lama berpisah.

Hanya alasan sangat kukuh seperti isu pasangan mempunyai penyakit jangkitan seksual, berlakunya poligami atau tersalah identiti membolehkan urusan perceraian diproses pihak mahkamah.

Kekangan ini masih dalam proses perbincangan selepas kerajaan Filipina berjaya membentangkan usul bagi meminda kembali larangan ini pada bulan Februari tahun 2020 di peringkat parlimen.

Pindaan ini diharapkan dapat membantu majoriti wanita yang terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta.




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular