Ratunaga

5 Pelakon Siri Adiwira Yang Beri Impak Besar Kepada Ramai Orang

[ad_1]

pelakon drama siri 90an yang diingati dan popular

Berbeza dengan zaman sekarang di mana kemudahan televisyen mempunyai terlalu banyak salurannya, keterhadan rancangan yang ada beberapa dekad lalu membolehkan generasi-generasi sebelum berkongsi idola-idola yang sama semasa kecil.

Setiap petang perbualan yang ada kebiasaannya dihiasi dengan perbincangan berkaitan rancangan yang serupa serta apa yang berlaku dalam siaran, sehinggakan wujud beberapa individu terus diingati sehingga kini oleh peminat mereka walaupun sudah tua.

Lima pelakon ini pada hemat penulis, memberikan impak yang besar kepada beberapa generasi kanak-kanak di Malaysia dan terus disebut walaupun ramai dah jadi bapak atau mak orang.

1. ‘Kotaro Minami’ – Tetsuo Kurata

tetsuo kurata kamen rider suria perkasa

Dalam banyak siri Kamen Rider terdahulu, siri Kamen Rider Black terjemahannya ‘Satria Baja Hitam’ atau ‘Suria Perkasa Hitam’ merupakan siri paling popular bagi sesetengah generasi.

Siri panjang ini memperkenalkan kita kepada aktor Tetsuo Kurata yang memegang watak utama ‘Kotaro Minami’, seorang perwira yang bernasib baik terlepas daripada rancangan jahat sekumpulan makhluk aneh yang mahu menukarkan dirinya serta adiknya.

Selepas menamatkan kontrak dalam dua siri Kamen Rider, Kurata meneruskan karier dalam siri-siri drama sambil sekali-sekala melakukan kemunculan kembali sebagai seorang Kamen Rider.

Selain lakonan, Kurata juga aktif menguruskan rangkaian restoran makanan barat yang dinamakan Billy The Kid, terletak di Tokyo yang menawarkan hidangan seperti stik daging. Hiasan dalaman restoran itu dipenuhi semua memorabilia berkaitan Kamen Rider Black.

2. Space Cop Gaban – Kenji Ohba

kenji ohba space cop gavan

Siri ‘Space Cop Gaban’ merupakan antara siri sains fiksyen yang cukup diingati, walaupun formula penceritaannya lebih kurang saja setiap episod. Namun karisma pelakon Kenji Ohba yang memegang watak utama siri itu sebagai Gaban/Retsu, pelindung bumi daripada kuasa kejahatan tetap terserlah.

Mirip dengan identiti beliau sendiri, Ohba sendiri sehingga kini masih aktif memainkan watak Gaban dalam siri dan filem terbaru walaupun legasi Space Cop Gaban sudah diturunkan kepada aktor lebih muda.

kenji ohba dalam kill bill

Selepas kontrak sebagai Gaban tamat, Ohba lebih aktif sebagai seorang pelakon lagak ngeri, memulakan syarikat produksi khas yang menawarkan perkhidmatan sedemikian dinamakan ‘Luck Jet’.

Sedarkah anda, Kenji Ohba turut sama berlakon dalam siri filem aksi ‘Kill Bill’ arahan Quentin Tarantino dalam kedua-dua filem?

3. Pink Ranger – Amy Jo Johnson

amy jo johnson pink ranger

Amy Jo Johnson sering diingati generasi 90-an khasnya, kerana wanita ini merupakan cinta pertama mereka di televisyen. Memegang watak Pink Ranger/Kimberly Hart dalam siri pertama ‘Mighty Morphin Power Rangers’, kecomelan dan ketangkasan watak itu terus dikenang sehingga kini.

Seorang ahli gimnastik terlatih, Johnson memulakan karier pada usia 18 tahun memberanikan diri berpindah ke Los Angeles. Sebulan kemudian dia terpilih memegang watak Pink Ranger, yang dimainkannya selama 3 tahun – meninggalkan watak itu ekoran bayaran gaji rendah, risiko kerja tinggi serta ketiadaan bayaran royalti.

Johnson terus aktif memegang watak-watak kecil dalam filem dan drama, sebelum mendapat peluang menjadi salah seorang pelakon utama sebuah siri televisyen di Kanada pada tahun 2008. Dia memilih untuk terus menetap di sana, selepas berjaya mendapatkan status kewarganegaraan situ.

Kini Amy Jo Johnson masih aktif bukan saja sebagai pelakon, malahan sudah mempunyai karier sebagai pengarah filem.

4. MacGyver – Richard Dean Anderson

macgyver richard dean anderson

‘MacGyver’ meninggalkan kesan yang cukup besar khasnya kepada penulis, kerana siri ini merupakan antara siri yang mengambil pendekatan berbeza dalam merungkai jalan ceritanya.

Sekiranya watak-watak lain dalam senarai ini perlu bertumbuk, ‘MacGyver’ pula menggunakan ilmu fizik, biologi dan kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah serta mempunyai kod amalan ‘tidak menggunakan senjata.’

Sudah berusia 71 tahun dan tidak lagi aktif, aktor Richard Dean Anderson yang memegang watak MacGyver bernasib baik bukan saja terus diingati disebabkan watak itu malahan dia juga terkenal dalam siri sains fiksyen ‘Stargate SG-1’ yang mendapat sambutan hangat.

Kini Anderson tidak lagi melibatkan diri dengan industri hiburan, sebaliknya menghabiskan usia tua beliau sebagai seorang aktivis alam sekitar.

5. Knight Rider – David Hasselhoff

knight rider david hasselhoff

Siri ‘Knight Rider’ merupakan salah satu simbol penting zaman 80-an, kerana siri itu sangat sinonim dengan produksi zaman tersebut yang agak mendahului zaman. Teknologi kereta ‘KITT’ yang dipaparkan mempunyai kepintaran buatannya sendiri pada era tersebut, sangat memukau minat orang ramai.

Pemegang watak utama siri Knight Rider, David Hasselhoff mempunyai karier panjang dalam industri hiburan. Selepas empat tahun bersama Knight Rider, Hasselhoff menjadi pelakon utama siri Baywatch selama 10 musim dari tahun 1989 sehinggalah tahun 2000.

Selain karier lakonan, Hasselhoff juga sangat terkenal di negara Eropah seperti Jerman dan Switzerland sebagai seorang penyanyi. Persembahan beliau di tepi Tembok Berlin sebelum Jerman Barat dan Jerman Timur disatukan terus menjadi antara acara paling ikonik dalam sejarah dunia.

Beliau terus aktif memainkan watak-watak sampingan dalam filem dan drama serta baru saja melancarkan lagu heavy metal pertama beliau, pada bulan Disember tahun 2020.



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular