Ratunaga

5 Negara Paling Banyak Kawasan Hutan Dalam Dunia

[ad_1]

ibu negara palau melekeok

Pembangunan yang terlalu pesat walaupun tidak dinafikan memberikan pelbagai akses kemudahan dan fasiliti kepada orang ramai, membuatkan kita semakin hari semakin jauh dari alam sekitar.

Kawasan-kawasan komersial saban hari terus dibangunkan dengan mengosong dan meratakan kawasan-kawasan hutan, dilakukan semuanya atas alasan pembangunan dan juga keuntungan.

Di sebalik kerancakan aktiviti pembangunan yang menjadi agenda utama majoriti negara-negara dunia, ada negara yang memilih untuk terus kekal sebagai negara yang bergantung kepada ekosistem semulajadi – membiarkan lebih 80% bentuk muka bumi mereka kekal hijau.

5. Palau (87.6%)

pusat pentadbiran palau

Republik Palau adalah sebuah pulau sebesar 466 kilometer persegi yang terletak tidak jauh daripada Indonesia dan Filipina.

Kepulauan ini memilih untuk menjadi republik bebas selepas mengambil keputusan untuk tidak menyertai Persekutuan Mikronesia yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan merdeka pada tahun 1994.

peta kedudukan palau

Palau dibentuk oleh gabungan 340 buah pulau dan terumbu, dengan pusat pentadbiran dan kegiatan utamanya terletak di Koror. Kajian yang telah dijalankan di Palau mendapati pulau tersebut menyimpan banyak spesis variasi hidupan laut seperti batu karang, ikan, siput, kepah dan lain-lain antara paling besar di dunia.

Aktiviti perikanan dan pertanian menjadi sumber ekonomi utama negara itu dan Palau kekal 87.6% muka buminya adalah hutan.

4. Seychelles (88.4%)

pulau seychelles kawasan hutan 2

Republik Seychelles adalah negara kepulauan yang dibentuk daripada gabungan 115 pulau kecil yang terletak di Lautan Hindi, dengan Victoria yang terletak di Pulau Mahe I dipilih sebagai ibu negara mereka.

Bentuk muka bumi Kepulauan Seychelles boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut kategori pulaunya – kumpulan lebih 40 pulau yang berbukit-bukau dan selebihnya kumpulan pulau yang landai serta berpantai.

peta kedudukan seychelles

Aktiviti perikanan dan pelancongan menjadi tarikan utama ekonomi di sini, selepas masyarakat Seychelles mula mengurangkan kebergantungan mereka kepada pertanian.

Walaupun begitu Syechelles tetap menjadi tuan rumah kepada 80 spesis tumbuhan yang unik, hanya ditemui di situ sahaja menyumbang kepada pemuliharaan 88.4% bentuk muka buminya kekal hutan.

3. Gabon (89.3%)

gabon negara kawasan hutan

Terletak betul-betul atas garisan ekuator bumi, Gabon diapit oleh Guinea, Cameroon dan Congo. Sehingga ke hari ini bentuk muka bumi Gabon kekal 89.3% daripadanya, masih dalam keadaan hutan.

Tidak cukup dengan itu, 10% daripada keseluruhan muka bumi Gabon turut digazetkan sebagai kawasan taman negara membentuk 13 taman negara keseluruhannya di situ. Ekonomi Gabon sangat bergantung dengan hasil petroliam, yang ditemui pada dekad 1970-an di situ.

peta kedudukan gabon

Bagaimanapun, hasil petroliam Gabon dikatakan semakin hari semakin terhad dan kerajaan Gabon dikatakan sedang cuba mengalihkan kebergantungan ekonomi negara mereka kepada hasil bumi lain, seperti eksport besi yang diharapkan dapat menampung kekurangan.

Penduduk Gabon mengamalkan aktiviti penternakan dan perikanan, selain daripada terlibat sebagai pekerja dalam aktiviti perlombongan bahan-bahan hasil bumi.

2. Persekutuan Negara Kepulauan Micronesia (91.9%)

colonia yap micronesia

Persekutuan Negara Kepulauan Micronesia atau ‘Federated States of Micronesia’ (FSM) merupakan gabungan empat buah negeri iaitu Yap, Chuuk, Phonpei dan Kosrae yang bersetuju untuk bergabung di bawah satu pentadbiran.

Majoriti aktiviti ekonomi di sini sangat bergantung dengan aktiviti perikanan dan pertanian, dengan aktiviti pelancongan kurang diberikan perhatian disebabkan oleh lokasinya yang agak sukar untuk diakses.

peta kedudukan micronesia

Aktiviti cari gali bagi mendapatkan sumber bumi juga kurang dilakukan, kerana FSM tidak mempunyai banyak simpanan hasil yang boleh dijadikan bahan eksport. Kegiatan ekonomi mereka banyak ditampung dengan dana geran yang disediakan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang dijadualkan akan berakhir pada tahun 2024.

Disebabkan oleh kemampuan ekonomi yang kurang kukuh serta kebergantungan mereka kepada duit geran untuk terus mentadbir, FSM kekal mempunyai 91.9% kawasan hutan berbanding keseluruhan kawasan negara mereka.

1. Suriname (98.3%)

suriname kawasan hutan

Dalam tempoh beberapa dekad ini, keluasan Republik Suriname yang terletak di Amerika Selatan tidak pernah berubah wajahnya – senantiasa dipenuhi kawasan hutan hijau.

Yang unik tentang negara ini, majoriti kawasannya tidak terganggu dan hanya 0.1% kawasan hutannya wujud disebabkan aktiviti penanaman semula. Populasi Suriname juga rendah sekitar 550,000 orang dengan majoritinya memilih untuk tinggal di Paramibo, ibu negara mereka.

Ekonomi Suriname dipacu oleh aktiviti perlombongan bahan bauksit, emas dan petroliam, selain daripada aktiviti pertanian dan pembalakan. Sebanyak 13% daripada kawasan hutan Suriname digazetkan sebagai hutan simpan.

peta kedudukan suriname

Walaupun demikian, sejak dekad 2010 sehingga sekarang, aktiviti pelapangan hutan yang dijalankan secara berleluasa secara sah atau tanpa permit, telah mengakibatkan kawasan hutan di sana terjejas.

Keperluan untuk membuka kawasan penempatan baru serta pembinaan jalan-jalan akses mengorbankan kawasan hutan mereka.

Setakat artikel ini ditulis, Suriname masih mendahului dalam peratusan kawasan hutan tetapi persoalannya dengan tekanan pembangunan serta keperluan ekonomi yang semakin mendesak, sampai bila Suriname akan kekal sedemikian rupa?

Rujukan

World Economic Forum



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular