Ratunaga

5 Faktor Kenapa Liverpool Tiba-Tiba Jadi Pasukan Cap Ayam

[ad_1]

punca faktor prestasi liverpool merudum

Sebagai penyokong yang bersifat natural menyokong Liga Perdana Inggeris, menyaksikan kemerosotan pasukan gergasi Liverpool merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.

Liverpool pada musim lalu cukup digeruni kerana terkenal sebagai sebuah pasukan yang sangat sukar dibolosi serta sangat efisien mencipta gol. Musim ini, prestasi Liverpool yang masih dibarisi skuad yang sama selepas berjaya menamatkan penantian 30 tahun kejuaraan liga Inggeris – sangat mengecewakan, ada kalanya melucukan.

Kenapa? Itu persoalannya. Berikut adalah 5 faktor pada pandangan kami yang menyumbang kepada kejatuhan prestasi mendadak skuad bimbingan jurulatih dari Jerman, Jorgen Klopp ini.

1. Kecederaan Virgil Van Dijk

virgil van dijk cedera

Banyak pihak akan menyatakan salah satu punca utama kemerosotan Liverpool bermula, adalah disebabkan kecederaan yang dialami pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini Virgil Van Dijk yang dialami semasa menentang Everton pada bulan Oktober 2020.

Dalam perlawanan melibatkan beliau, Liverpool menang 91 kali, kalah dan seri 19 perlawanan dengan rekod kemenangan 70.5%. Kemunculan beliau sangat konsisten sehinggakan jumlah perlawanan yang tidak disertai beliau sangat rendah sejak perpindahannya pada tahun 2018.

Van Dijk hanya tidak menyertai 14 kali perlawanan, dengan Liverpool merekodkan peratusan kemenangan 42.9%, dibolosi 22 kali dalam kesemua perlawanan. Amat menyedihkan pada bulan Februari tahun 2021, Klopp mengumumkan bahawa Van Dijk tidak akan beraksi lagi bagi musim 2020-2021 akibat kecederaan serius yang dialaminya.

Adakah Liverpool terlalu bergantung dengan prestasi Van Dijk tanpa ada pengganti yang setara beliau?

2. Terlalu mempercayai ‘hype’ Thiago Alcantara

thiago alcantara cl635

Sudah menjadi satu lumrah – untuk memasukkan seorang pemain ternama ke dalam sebuah unit yang sudah berjalan rapi pasti akan menimbulkan kacau-bilau. Itulah yang berlaku kepada barisan hadapan Liverpool selepas kelab tersebut mendapatkan khidmat pemain ternama Thiago Alcantara dari Bayern Munich.

Thiago dilihat mampu menjadi kunci utama kepada kelancaran permainan Liverpool, namun rekod penampilan beliau menunjukkan sebaliknya. Sistem yang dimainkan oleh Liverpool yang bersifat garang atau dalam ayat jurulatih mereka sendiri ‘bola sepak heavy metal’ memerlukan permainan dilakukan segera.

Thiago pula lebih kepada seorang perancang tengah yang sangat berbakat dalam mencari ruang, tetapi dalam masa yang sama melambatkan permainan Liverpool sendiri.

Rekod jaringan yang dilakukan oleh Liverpool jauh lebih tinggi tanpa Thiago Alcantara di tengah. Ini termasuklah rekod jumlah percubaan tepat, jumlah hantaran yang mampu menghasilkan gol serta kadar peluang jaringan.

Tampak Thiago memerlukan masa untuk mengadaptasi dirinya dengan hingar-bingar liga Inggeris yang lebih rancak dan keras, namun berbaloikah Liverpool mengubah sistem yang sudah ada hanya untuk membolehkan beliau beraksi dalam kapasiti sebenar?

3. Lambat menggantikan barisan pertahanan

pertahanan liverpool mudah bolos

Kebergantungan Liverpool dengan Virgil Van Dijk tidak boleh dinafikan, bagaimanapun malang yang menimpa berkali-kali barisan pertahanan Liverpool gagal diurus kemas barisan pengurusan mereka.

Pemain Croatia, Dejan Lovren yang dijual kepada kelab Zenit Saint Petersburg dari Russia tidak digantikan dengan segera. Joel Matip dan Joe Gomez yang sering digandingkan bersama Van Dijk juga mengalami kecederaan jangka panjang.

Klopp cuba memperkenalkan beberapa orang pemain muda namun kemerosotan mereka gagal dibendung. Dua pemain pertahanan baru yang dibeli pula nampaknya belum dipercayai sepenuhnya oleh Klopp, selepas dia menyatakan salah seorang daripada mereka belum dapat mengadaptasi terhadap kepantasan tahap permainan di England.

4. Apa yang terjadi dengan salah seorang penjaga gol terbaik dunia?

allison becker kesilapan bodoh

Dalam beberapa perlawanan penting antara Liverpool dan kelab-kelab pesaing seperti Manchester United, Manchester City dan Leicester musim ini dan beberapa musim lalu – topik perbualan selepas tamat perlawanan lebih berkisar kepada kesilapan yang penjaga gol Liverpool, Allison Becker yang nampak sering menghadiahkan gol dalam perlawanan besar.

Walaupun cuba mempertahankan pemainnya yang terkenal sebagai pemain yang gemar mengambil risiko besar, Klopp akhirnya menyifatkan dua kesilapan Allison dalam perlawanan menentang Manchester City adalah disebabkan rasa gugup.

Apa yang membuatkan semua kesilapan ini sukar dipercayai, adalah kerana prestasi Allison dalam musim-musim terdahulu beliau (dua musim) bersama kelab Inggeris itu sangat-sangat menakjubkan.

5. Penanda aras yang berbeza bagi Jurgen Klopp

jurgen klopp prestasi merudum

Jurgen Klopp sebelum ini belum pernah mengemudi kelab sebesar Liverpool (maaf Borussia Dortmund..) dan apa yang dijangkakan oleh pengurusan kelab kepada beliau, selalunya rendah berbanding pesaing beliau di Jerman.

Di Mainz dan Dortmund, Klopp diberikan tanggungjawab membangunkan dan mengemudi dua kelab itu tanpa ada bebanan besar yang biasa perlu ditanggung pengurus sebuah kelab gergasi. Ini memberikan Klopp ruang untuk melakukan kemahiran utamanya – membangunkan sebuah kelab dari bawah dengan imejnya sendiri.

Kerja keras beliau di dua kelab tersebut meninggalkan kesan yang sangat besar, sehinggakan semasa dia menamatkan kariernya – dia bergelar pengurus/jurulatih paling lama berkhidmat untuk kedua-dua kelab tersebut.

Di Borussia Dortmund misalnya, dia berjaya membawa kelab itu bersaing melawan gergasi Bayern Munichdengan bajet yang lebih kecil, dibarisi pemain-pemain muda serta seringkali berdepan masalah pemain-pemain utamanya ‘dicuri’ kelab lain.

Klopp tampak membawa perubahan besar kepada nasib Liverpool selepas dilantik sebagai pengurus sejak tahun 2015, memacu Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim keduanya, sebelum memenangi kejuaraan tersebut dan kejuaraan liga Inggeris pada musim 2018-2019 dan 2019-2020.

Walau bagaimanapun, banyak pihak menyifatkan corak permainan yang diminta oleh Klopp kurang sesuai untuk diteruskan dalam jadual perlawanan musim pandemik yang lebih ketat, meletakkan beban lebih besar kepada pemain sehinggakan ramai yang melakukan kesilapan individu.

Adakah Jurgen Klopp mampu mengemudi dan melakukan perubahan kepada kelab kendaliannya serta membuktikan dia layak mengemudi kelab sebesar Liverpool agar terus di persada liga secara konsisten?

Atau desas-desus yang menyebut bahawa beliau bakal digantikan oleh seorang bekas pemain berstatus legenda Liverpool yang baru saja meraikan kejuaraan liga Scotland sebagai pengurus – memang menunjukkan Klopp sudah sampai ke had keupayaan dirinya?



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular