Ratunaga

5 DALIL KENAPA PH AKAN KALAH DALAM PILIHARAN RAYA UMUM KE-15 NANTI!

Di musim pandemik ini pelbagai perkara yang telah berlaku di negara kita lebih-lebih lagi dalam isu politik. Beberapa hari lepas, perdana menteri kita, TS Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan satu perkara iaitu PRU tergempar atau “snap election” yang dikhabarkan akan berlaku pada bulan Mac 2021. Perkara ini telah menimbulkan banyak spekulasi sama ada yang positif dan negatif.
“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli parlimen kerajaan berapa, ahli parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli parlimen. Saya sebagai ahli parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri.” – Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO, dipetik dari Malaysiakini
PRU tergempar ini juga akan memberikan manfaat kepada semua parti politik kerana ianya merupakan jalan terbaik untuk selesaikan konflik yang sedang berlaku dalam politik kita. Seperti mana kita dapat lihat, segelintir ahli politik bertukar-tukar parti tanpa segan silu.
Selain itu, ianya juga untuk memuaskan hati rakyat yang tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional(PN) kerana parti ini tidak dipilih oleh rakyat. Ramai juga yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada PRU15  kerana konflik yang telah berlaku, ini merupakan teori kenapa PH akan kalah untuk PRU15 akan datang.

1. Lebih mementingkan perebutan kuasa politik daripada taraf hidup rakyat

Imej dari Astro Awani

Sekiranya Tun M dicalonkan sebagai Perdana Menteri apabila PH plus mendapat kuasa untuk mentadbir negara, jangka masa untuk mentadbir negara cuma pendek sahaja. Hal ini kerana populariti beliau kian merosot berikutan dengan perletakan jawatan pada bulan Februari lalu. Beliau juga tidak relevan untuk menjadi Perdana Menteri jika masih menggunakan formula yang sama untuk mentadbir negara selepas kegagalan PH ketika menjadi kerajaan.
“Apa yang kita boleh lihat sekarang, Tun Dr. Mahathir tidak relevan lagi kerana beliau tidak lagi mementingkan hak rakyat tetapi lebih kepada kuasa politik”-Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Penganalisis Politik dan Pensyarah UKM, katanya ketika ditemu ramah melalui panggilan telefon.
Berikutan dengan apa yang berlaku sekarang,Tun M membuat keputusan untuk keluar dari PH plus selepas PKR tidak setuju dengan cadangan beliau untuk menjadi calon Perdana Menteri. Beliau berkata akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana mereka masih menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Credit: Aqil Syakir

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular