Ratunaga

12 Permainan Esport Paling Lumayan 2020

Sejak sedekad lalu, permainan esport berkembang pesat selari dengan kemajuan teknologi. Ribuan pertandingan diadakan di seluruh dunia melibatkan hadiah yang cukup lumayan. Malah, habuan yang menanti para pemenang esport ini setanding sukan-sukan besar dunia yang lain.

esport

Namun, tahun 2020 menyaksikan penurunan ketara wang hadiah pertandingan esport akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia. Walaupun mengalami penurunan sehingga melebihi 60% berbanding tahun 2019, masih ada lagi pertandingan dijalankan secara atas talian. Berikut adalah 12 permainan esport paling lumayan tahun 2020.

12 – Rocket League: RM 15.85 juta

rocket league

Ini merupakan kali pertama permainan video Rocket League dari Psyonix Studios ini memasuki carta top 12. Pada tahun 2020, Rocket League memberikan hadiah lumayan melalui Rocket League Championship Series.

Pada tahun 2019, Rocket League berada di tangga ke-14 dengan hadiah sebanyak RM 12.38 juta melalui pertandingan yang sama. Permainan video bola sepak menggunakan kereta ini semakin mendapat sambutan dan dijangka akan menyediakan hadiah bernilai lebih daripada RM 18.33 juta pada tahun 2021.

11 – Hearthstone: RM 17.23 juta

hearthstone

Hearthstone dari Activision Blizzard ini merupakan satu-satunya permainan video dalam kategori kad koleksi digital yang berjaya memasuki carta top 12 ini dengan hadiah bernilai RM 17.23 juta pada tahun 2020.

Hadiah yang ditawarkan tahun lalu sedikit berkurang berbanding hadiah pada 2019 iaitu sebanyak RM 19.43 juta. Kini, Hearthstone mempunyai beberapa pesaing baru yang semakin popular seperti Legends of Runeterra dari Riot Games.

10 – PUBG: RM 20.33 juta

pubg1

PUBG atau PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS versi PC danini sememangnya terkenal dalam dunia esport. Ia mempunyai potensi besar untuk mendominasi bidang esport. Namun, setelah beberapa penyusunan semula infrastruktur, permainan ini terpaksa berpuas hati di tangga ke-10.

Tahun 2020 menjadi peluang kepada PUBG untuk bersinar tetapi dibantutkan pula dengan kehadiran Covid-19. Pada tahun 2019, PUBG merupakan esport keempat tertinggi dengan bayaran hadiah sebanyak RM 46 juta.

9 – Rainbow Six Siege: RM 20.45 juta

rainbow six siege 122

Rainbow Six Siege adalah salah satu permainan esport yang berjaya menyediakan hadiah lebih banyak pada tahun 2020 berbanding 2019. Pada tahun 2019, Rainbow Six Siege menyediakan hadiah berjumlah RM 20 juta.

Ini kerana pertandingan terbesarnya iaitu Six Invitational diadakan secara bersemuka pada awal bulan Februari 2020 ketika kebanyakan negara masih belum menutup sempadan mereka akibat Covid-19. Pertandingan itu sahaja menyediakan hadiah sebanyak RM 12.2 juta

8 – Overwatch: RM 20.61 juta

overwatch

Overwatch League pada tahun 2020 terpaksa dilakukan atas talian sahaja walaupun pihak penganjur telah merancang untuk mengadakan pertandingan besar-besaran. Hadiah yang ditawarkan pada pertandingan atas talian ini juga separuh daripada hadiah tahun 2019 yang berjumlah RM 39 juta.

Walaupun Activision Blizzard mengagihkan hadiah yang sama pada kejohanan akhir tahun 2020 iaitu sebanyak RM 12 juta tetapi bilangan pertandingan lain Overwatch terpaksa dikurangkan sepanjang tahun.

7 – PUBG Mobile: RM 25.21 juta

pubgmobile

Permainan ini sememangnya tidak asing lagi terutamanya bagi peminat permainan video di Asia. PUBG Mobile adalah antara permainan video yang berjaya meningkatkan jumlah hadiah pada tahun 2020 berbanding 2019.

Pada tahun 2019, PUBG Mobile hanya menduduki tangga ke-12 dengan hadiah yang ditawarkan sebanyak RM 12.96 juta. 

6 – Call of Duty: Modern Warfare : RM 25.5 juta

cod warzone

Walaupun Call of Duty League baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020, permainan ini berjaya memasuki senarai top 10 hadiah terbesar dalam esport. Call of Duty League berjaya mendapat tempat keenam berbanding Call of Duty: Black Ops pada 2019 yang mendapat tempat kelapan dengan hadiah sebanyak RM 25.99 juta.

Hampir setiap minggu Call of Duty League mengadakan pertandingan atas talian dengan hadiah terbesar dibayar sehingga RM 1 juta. Bagi kejohanan perdana CDL pula, Activision Blizzard memperuntukkan hadiah bernilai RM 18 juta kepada para pemenang.

5 – Fortnite: RM 32.1 juta

fortnite

Permainan video dari Epic Games yang merupakan pemenang hadiah terbesar tahun 2019 ini jatuh ke tangga kelima pada 2020 kerana ketiadaan Piala Dunia Fortnite akibat wabak Covid-19. Hadiah yang ditawarkan pula jauh berbeza berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak RM 291.6 juta.

Lebih menyedihkan para peminat, Epic Games telah mengumumkan bahawa tidak akan ada kejohanan Fortnite secara bersemuka pada tahun 2021. Tanpa sebarang pengumuman atau pelaburan rasmi bagi tahun 2022, Fortnite mungkin akan terus merudum dan tidak lagi relevan dalam esport.

4 – League of Legends: RM 33.04 juta

league of legends 612

Esport paling ramai penonton ini masih mampu bertahan walaupun hanya mengadakan pertandingan atas talian sahaja pada tahun 2020. Pada tahun 2019, League of Legends menduduki tangga keenam dengan hadiah sebanyak RM 38.66 juta.

Permainan video League of Legends ini didominasi oleh ramai pemain Asia dari Korea Selatan dan China. Pertandingan utama League of Legends biasanya diakhiri dengan pemberian piala seperti trofi Summoner’s Cup, tidak seperti permainan esport lain yang memberikan replika cek gergasi.

3 – Dota 2: 37.97 juta

dota 2

Disebabkan penangguhan pertandingan utama The International tahun 2020 akibat Covid-19, Dota 2 menyaksikan penurunan ketara hadiah yang ditawarkan. Pada tahun 2019, Dota 2 menawarkan hadiah sebanyak RM 191 juta.

Walaupun tiada pertandingan utama, Valve berjaya mengumpul dana sebanyak RM 162 juta pada 2020 untuk dijadikan hadiah terkumpul. Valve mengumumkan The International bakal diadakan pada Ogos 2021 di mana hadiah yang terkumpul ketika itu mungkin boleh melebihi RM 325 juta.

2 – Arena of Valor: Rm 38.7 juta

arena of valor

Disebabkan wabak Covid-19 yang tidak dapat diramal, Tencent Games dan Garena memutuskan untuk mengadakan kejohanan Arena of Valor sepenuhnya atas talian. Namun, permainan mobile ini berjaya mengatasi prestasinya berbanding tahun 2019.

Bukan sahaja berjaya naik lima anak tangga dari tahun 2019 malah hadiah yang ditawarkan juga lebih banyak. Pada tahun 2019, Arena of Valor menawarkan hadiah sebanyak RM 31.86 juta.

1 – Counter-Strike: Global Offensive: RM 64.57 juta

csgo

Permainan CS:GO ini merupakan salah satu permainan veteran dalam dunia esport. Walaupun berjaya mendapat tempat pertama pada tahun 2020 berbanding tempat ketiga pada 2019 tetapi hadiah yang ditawarkan lebih rendah.

Ini kerana pertandingan CS:GO diadakan sepenuhnya atas talian pada 2020. Pada 2019, CS:GO menawarkan hadiah sebanyak RM 89.6 juta kepada pemenang.

Rujukan:

1. Senarai esport paling lumayan 2020

2. Senarai esport paling lumayan 2020

3. Hadiah terbesar pertandingan esport 2020




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular