Ratunaga

12 Fakta Drama Berepisod Takdir Yang Tertulis Yang Ramai Tak Tahu!

takdir yang tertulis 793

Kredit foto: Instagram WeTV Malaysia

   

Drama bersiri ‘Takdir Yang Tertulis’ (TYT) siaran slot Samarinda TV3 menjadi bahan perbualan hangat netizen di media sosial sejak ditayangkan dua minggu lalu.

Dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad, siri ini telahpun menemui penonton bermula 21 Januari 2021.

Untuk info lanjut, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Berikut kami kongsikan 12 fakta menarik mengenai drama rantaian 15 episod ini:-

    

takdir yang tertulis episod 257

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

   

1. Empat pelakon utama yang membintangi TYT bukanlah pilihan pertama pengarah, sebaliknya nama-nama pelakon asal yang dicadangkan adalah Shukri Yahaya, Mira Filzah, Aeril Zafrel, Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Janna Nick, Ungku Ismail, Datin Diana Danielle, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Antara faktor nama-nama berkenaan ditolak stesen televisyen kerana isu jadual dan inginkan variasi wajah pelakon.

2. Sutradara drama ini, Shahrulezad Mohameddin yang lebih dikenali sebagai Ijat terlebih dahulu mencipta fenomena menerusi drama rantaian Nur, Nur 2, Cari Aku Di Syurga, Budak Ijat dan Sindarela.

   

episod takdir yang tertulis

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

  

3. TYT menggunakan empat watak ‘leading’ yang bertindak sebagai watak utama tanpa sepasang ‘hero’ dan ‘heroin’ sebagaimana yang ditampilkan dalam kebanyakan drama melayu.

4. Ijat (pengarah) sengaja menyelitkan unsur komedi dalam watak jahat, Che Salmah lakonan Didie Alias kerana enggan watak itu dibenci secara keterlaluan oleh penonton.

5. Pelakon Uchee Fukada sanggup ‘buat gigi’ semata-mata untuk menghidupkan dan memberikan kelainan kepada wataknya sebagai ‘Kak Jo’.

   

takdir yang tertulis drama

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

  

6. Ijat menyifatkan pembikinan TYT sebagai amat mencabar, malah lebih sukar daripada drama Nur memandangkan siri ini membabitkan empat watak utama yang bergerak seiring daripada segi plot, serta mempunyai jalan cerita yang ‘heavy’.

7. Pembikinan mengambil masa yang lebih panjang daripada lazimnya karya-karya lain.

  

pelakon takdir yang tertulis 428

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

  

8. Para pelakon menerima skrip di set penggambaran kerana skrip yang belum siap!

9. Alvin Chong yang kurang fasih berbahasa Melayu terpaksa menukar skrip mengggunakan ayatnya sendiri kerana ingin tampil lebih selesa dan yakin memandangkan banyak perkataan dalam skrip yang tidak difahaminya.

10. Nad Zainal akui sukar menjangkakan perjalanan kisah TYT kerana jalan ceritanya yang berubah-ubah, justeru beliau sentiasa membuat persiapan mental sebelum menerima skrip baru di set penggambaran.

11. Nad juga akui sudah lama menyimpan angan-angan untuk beraksi di bawah arahan Ijat.

   

takdir yang tertulis novel

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

  

12. Alvin Chong menyifatkan Ijat sebagai sutradara yang memberikan keselesaan kepada para pelakon dan membuatkannya lebih yakin menjayakan watak kerana perwatakan Ijat yang lebih tenang, tidak seperti sesetengah pengarah lain yang selalu ‘naik angin’ di set!

   

Baca: Biodata Iman Suhana, Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis

Baca: Biodata Muaz Fitri Maslan, Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis

     

Kredit video: Di Sebalik Tabir Takdir Yang Tertulis

   

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Takdir Yang Tertulis

2. Pelakon utama Takdir Yang Tertulis bukan pilihan pertama

  




Source link

[email protected]

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular