Ratunaga

10 Fakta Drama Berepisod Tak Sempurna Mencintaimu Yang Ramai Tak Tahu!

tak sempurna mencintaimu episod 978

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

  

Drama Tak Sempurna Mencintaimu sentuhan pengarah Emi Suffian (Pyan Screw) yang ditayangkan sejak 29 Mac lalu kerapkali mencatatkan sohor kini atau ‘trending’ di laman Twitter.

Episod kebelakangan ini juga nyata memberikan impak yang luar biasa kepada para penonton.

Antara wajah yang mengemudi siri berkenaan termasuk pelakon Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Nafiez Zaidi, Fendy Bakry, Scha Elinnea, Shah Khan dan Ali Reza.

Kami kongsikan 10 fakta menarik karya adaptasi daripada novel tulisan Rehan Makhtar ini.

  

novel tak sempurna mencintaimu

Kredit foto: Instagram Fadzil Teh

  

1. 90 peratus penggambaran dijalankan di Perlis kerana pengarahnya menyifatkan negeri itu mempunyai pelbagai lokasi yang menarik, selain tuntutan skrip yang meletakkan kawasan kampung sebagai sebahagian besar daripada latar cerita.

  

episod tak sempurna mencintaimu

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

  

2. Sebanyak 14 atau 18 episod menggunakan skrip yang dihasillkan berdasarkan penceritaan novel, manakala selebihnya adalah garapan daripada penulis skrip sendiri bagi tujuan penambahbaikan cerita.

  

tak sempurna mencintaimu 989

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

  

3. Menurut pengarah, drama ini menjanjikan pengakhiran kisah yang sukar dijangka penonton kerana ia berlainan sama sekali daripada versi novel.

4. Penerbitnya, Fadzil Teh pula menganggap tawaran untuk mengisi slot popular, Akasia TV3 sebagai satu tekanan sekaligus motivasi untuk pasukannya menghasilkan sebuah karya yang berjaya dan meletup – sebagaimana kebanyakan naskhah terdahulu dalam slot ini.

  

drama tak sempurna mencintaimu 692

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

  

5. Para pelakon baharu yang terlibat seperti Aniq Suhair, Nafiez Zaidi, Scha Elinnea, Ali Reza dan ramai lagi telah dihantar oleh syarikat penerbitan Zeel Production ke kelas lakonan selama seminggu bagi persiapan sebelum ke set penggambaran.

  

pelakon tak sempurna mencintaimu 215

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

  

6. Bagi memantapkan lakonan, pelakon Aniq Suhair bukan sahaja mengikuti kelas lakonan bersama pelakon lagenda Ogy Ahmad Daud, malahan mengambil inisiatif menonton tutorial dalam talian termasuk memohon tunjuk ajar sewaktu berada di set penggambaran.

  

tak sempurna mencintaimu episode

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

  

7. Intan Najuwa yang memegang watak Siratul mengubah sedikit perwatakan karakternya yang dalam novel digambarkan sebagai seorang yang ‘soft spoken’ dan ‘mellow’. Untuk versi drama, Intan menggayakan Siratul sebagai seorang wanita yang lebih ‘firm’ bagi tujuan mencantikkan visual.

  

episode tak sempurna mencintaimu

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

  

8. Intan Najuwa menganggap babak romantik sebagai mencabar buatnya, namun situasi berlainan dirasai apabila bergandingan dengan Redza Rosli kerana aktor itu disifatkannya sebagai seorang yang ‘cool’.

9. Ketika waktu rehat sewaktu sesi penggambaran di Utan Aji, Perlis, Redza Rosli yang menghabiskan masa memancing ikan bersama kru, telah dikejutkan dengan peristiwa mata kailnya terkena ular!

  

ost tak sempurna mencintaimu

Kredit foto: Instagram Redza Rosli

  

10. Drama ini asalnya dijadualkan tayangan pada hujung tahun lalu (2020).

  

sinopsis tak sempurna mencintaimu 480

Kredit foto: Instagram Azza Elite

  

Untuk info penuh, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Selain bersiaran di slot Akasia TV3, siri ini juga boleh distrim di laman iflix dan WeTV Malaysia.

  

Baca: Biodata Shah Khan, Pelakon Drama Tak Sempurna Mencintaimu

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Tak Sempurna Mencintaimu

  

Sumber:

1. Perjudian ‘Tak Sempurna Mencintaimu’

2. Nak pancing ikan, dapat ular

3. “Sebenarnya, Saya Dengan Dia…” – Intan Najuwa Perjelas Status Hubungan Cinta

4. Bangga orang Perlis, drama ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ tunjuk banyak lokasi menarik – “Kalau di KL penonton tengok view urban”

5. Aniq Suhair Pusing Perlis Demi ‘Tak Sempurna Mencintaimu’

6. Di Sebalik Tabir Tak Sempurna Mencintaimu

  




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular